Friday, July 2, 2010

Cara Memasang Umpan Sotong

Salah satu umpan yang paling digemari oleh pemancing di dunia adalah sotong dan ia boleh digunakan secara seekor atau secara hirisan mahu pun hidup atau yang sudah mati. Bagi saya sotong adalah yang paling saya gemari sekali pabila digunakan sebagai umpan kerana sotong adalah makanan utama ikan di laut. Boleh di kata kesemua ikan di laut memakan sotong.

Cara menyimpan Umpan

Terdapat banyak jenis sotong yang ada di pengairan negara kita dan boleh dikatakan kesemua jenis boleh digunakan dari jenis sotong kurita (octopus), sotong pisang (squid),sotong arus (cuttlefish) dan lain lagi. Bagi penggunaan sotong kita haruslah menyimpannya dengan baik kerana sotong yang busuk atau rosak tidak akan menarik minat ikan untuk memakannya. Selalulah menggunakan sotong yang segar dan baik.

Cara untuk menyimpan sotong supaya ia akan selalu segar adalah untuk membalut nya dengan kertas beberapa ekor sebungkus dan menanamnya ke dalam ais yang dihancurkan(buried in crushed ice). Tentukan setiap bungkusan hanya terdapat antara 3-5 ekor sahaja. Dengan membuat begini kita akan hanya mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak akan membazirkan yang lain serta akan masih menyimpan yang lain segar.

Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat menyimpan umpan hidup (life bait well ) maka bolehlah anda menangkap sotong dan menyimpan di dalamnya. Anda perlu menentukan bahawa terdapat air yang mengalir selalu di dalamnya serta minyak tidak masuk ke dalam tempat menyimpan sotong tersebut. Sekiranya anda memancing sewaktu malam adakan lampu di dalam tempat simpan tersebut kerana ini dapat menahan sotong dari mati.

Cara Mencangkuk Umpan Sotong

Sotong Hidup

Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk sotong tersebut, apa yang penting adalah cara kita mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor iaitu :

a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa mengguna umpan sotong hidup kerana sekira kail itu besar dan berat maka ia akan membunuh umpan tersebut. Anda perlulah menyesuaikan kail dengan sotong. Bagi saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 5/0 adalah yang paling sesuai sekali terutama yang diperbuat daripada aloi (alloy) atau "carbon steel" kerana kail yang diperbuat daripada jenis ini adalah sangat ringan.

b. Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya umpan dapat bergerak secara semula jadi (natural) serta apa jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya "wire leader" digunakan cubalah menggunakan yang paling halus sekali. Bagi saya , "wire leader" yang saya selalu gunakan adalah dari jenis 25 paun hingga 40 paun sahaja. Dan sekiranya saya tidak menggunakan "wire Leader" saya menggunakan "mono leader" antara 30 paun hingga 60 paun dengan kail dari jenis "O'Shaughnessy " yang mempunyai batang (shank) yang panjang.

Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat beberapa cara untuk mencangkuk umpan sotong yang hidup. Pada amnya, sekira kita perhatikan sotong yang hendak digunakan, di atas dekat dengan ekor sotong terdapat satu lubang di antara ekor sotong , masukkan mata kail melalui lubang tersebut dan cangkuk keluar kail tersebut melalui sisi (side) yang sama

1 comments:

Anonymous said...

Letak lah gambar bodoww.... sebagai rujukan..adoiii

Post a Comment

Berikan Komen Anda Tentang Post Ini