Friday, December 24, 2010

GT Tukun Perak


Sumber : Joran

PULAU PINANG: Perancangan awal Geng Somtam Angler Team (SAT) untuk menggempur geropoh atau GT di Koh Adang, Thailand yang terpaksa dibatalkan pada saat akhir, tidak mengecewakan kumpulan pemancing dari utara ini untuk mengaturkan trip seterusnya.

PULAU PINANG: Perancangan awal Geng Somtam Angler Team (SAT) untuk menggempur geropoh atau GT di Koh Adang, Thailand yang terpaksa dibatalkan pada saat akhir, tidak mengecewakan kumpulan pemancing dari utara ini untuk mengaturkan trip seterusnya.

Selepas perbincangan, kumpulan yang dianggotai Yazid, Tajul, cikgu Man, Suhaimi, Man, Azhar, Asri, Mawazi dan Jalil Roti, bersetuju untuk ke Tukun Perak dengan harapan ada GT bersaiz XL bakal menjadi mangsa mereka.

Tepat jam 9 pagi, bot yang dipandu Tekong Ah Sia berlepas ke lubuk pilihan itu. Perjalanan lapan jam itu digunakan untuk menyiap peralatan memancingnya, manakala yang lain terlelap seketika dibuai ombak laut.


Geng SAT mensasarkan ikan bersaiz gred A seperti geropoh dan tenggiri yang terkenal dengan kekuatan memutuskan tali 50 paun hanya sekali henjutan saja.

Sebaik tiba di Tukun Perak, Yazid, Jalil Roti dan cikgu Man yang bersedia dengan joran aksi berat masing-masing bersedia menggunakan teknik ‘popper’ untuk menjerat geropoh, manakala yang lain menggunakan teknik dasar dan ‘jig’.

Belum pun sampai lima minit menghulurkan umpan, Yazid menerima sentapan pertama daripada geropoh yang menyerang umpan tiruan nya di permukaan air. Bunyi ‘pop’ yang dihasilkan umpan tiruan menarik perhatian gerepoh lalu menyambarnya.

Aksi perlawanan itu berlaku kira-kira 30 minit dengan jorannya melentur separa ‘U’ akibat menerima asakan seperti menarik seekor anak lembu masuk ke kandangnya.

Beliau yang tidak tahan asakan itu bergegas meminta bantuan daripada rakan-rakan lain untuk menangguk ‘mangsa’ naik ke bot. Geropoh seberat 12 kilogram dan terbesar pernah ditangkapnya. Aksi itu tidak terhenti begitu saja apabila Azhar, Asri dan Mawazi turut menaikkan ikan sama dengan teknik ‘jig’ secara serentak.

Pesta memancing geropoh berlangsung kira-kira sejam saja, apabila ikan ini berubah lubuk kerana mengejar ikan pelagik yang gemar bergerak dari satu tempat ke tempat lain di sekitar Pulau Tukun Perak.

Tekong Ah Sia yang menyedari perubahan itu, segera mengarahkan geng SAT menggunakan teknik mengilat berumpankan ikan pisang selepas melihat gerombolan ikan tenggiri menyerang ikan kecil di permukaan.

Teknik yang dicadangkan tekong itu ternyata tidak menghampakan, apabila tenggiri berpusu-pusu menyambar umpan yang dilabuhkan itu. Ketika itu, pemancing terlalu sibuk berpesta tenggiri yang dilihat seperti menyerah diri apabila umpan yang dilabuhkan itu menerima sentapan rakus dari ikan bergigi tajam ini.

Dalam kesibukan menaikkan ikan tenggiri, tekong Ah Sia akhirnya menyuruh geng ini mengemas peralatan masing-masing apabila melihat cuaca gelap yang menandakan ribut akan melanda pada bila-bila masa.

Trip ini akhirnya tamat apabila 12 geropoh dan 14 tenggiri berjaya dinaikkan.

Thursday, September 30, 2010

Memancing Di Batu Gajah


Batu Gajah Kini Menjadi Tumpuan Para Pemnacing.... Sekang Ni

Tuesday, August 31, 2010

Monday, August 30, 2010

Wednesday, August 25, 2010

Friday, July 30, 2010

Wednesday, July 28, 2010






Batu Gajah Perak Terkenal Dengan Sejarah
Port Memancing Di Tepi Sg Menjadi Pilihan Kaki Mancing Untuk Menjalankan Aktiviti Yang Diidamkan.

Port Memancing Di Batu Gajah
1 - Bersebelahan Makam
2 - Hala Ke Seberang Perak
3 - Masuk Ikut Pasir Salak

Jenis Umpan
1- Udang Dan Ikan Hidup - Baung,Petutu
2- Cacing - Udang Galah,Lampam

Wednesday, July 21, 2010

Monday, July 5, 2010

Ingin Menyertai Trip Kami







Sila ISI

Lokasi Trip :
Email :
Alamat :
No Telefon :

Penting! Lokasi Hanya Di Area Perak Sahaja (Lokasi Pilih Sungai / Laut Jika Laut Sila Nyatakan Pulau Jarak,Pulau 9,Tukun Perak,Pulau Pangkor)

Isi Di Ruangan Komen Di Bawah

Saturday, July 3, 2010

Friday, July 2, 2010

Cara Memasang Umpan Sotong

Salah satu umpan yang paling digemari oleh pemancing di dunia adalah sotong dan ia boleh digunakan secara seekor atau secara hirisan mahu pun hidup atau yang sudah mati. Bagi saya sotong adalah yang paling saya gemari sekali pabila digunakan sebagai umpan kerana sotong adalah makanan utama ikan di laut. Boleh di kata kesemua ikan di laut memakan sotong.

Cara menyimpan Umpan

Terdapat banyak jenis sotong yang ada di pengairan negara kita dan boleh dikatakan kesemua jenis boleh digunakan dari jenis sotong kurita (octopus), sotong pisang (squid),sotong arus (cuttlefish) dan lain lagi. Bagi penggunaan sotong kita haruslah menyimpannya dengan baik kerana sotong yang busuk atau rosak tidak akan menarik minat ikan untuk memakannya. Selalulah menggunakan sotong yang segar dan baik.

Cara untuk menyimpan sotong supaya ia akan selalu segar adalah untuk membalut nya dengan kertas beberapa ekor sebungkus dan menanamnya ke dalam ais yang dihancurkan(buried in crushed ice). Tentukan setiap bungkusan hanya terdapat antara 3-5 ekor sahaja. Dengan membuat begini kita akan hanya mengeluarkan sebungkus sekali dan ini tidak akan membazirkan yang lain serta akan masih menyimpan yang lain segar.

Sekiranya bot yang anda menaiki itu mempunyai tempat menyimpan umpan hidup (life bait well ) maka bolehlah anda menangkap sotong dan menyimpan di dalamnya. Anda perlu menentukan bahawa terdapat air yang mengalir selalu di dalamnya serta minyak tidak masuk ke dalam tempat menyimpan sotong tersebut. Sekiranya anda memancing sewaktu malam adakan lampu di dalam tempat simpan tersebut kerana ini dapat menahan sotong dari mati.

Cara Mencangkuk Umpan Sotong

Sotong Hidup

Terdapat beberapa cara untuk mencangkuk sotong tersebut, apa yang penting adalah cara kita mencangkuknya perlu mengambil kira beberapa faktor iaitu :

a. Mata kail
Kail memainkan peranan yang amat penting semasa mengguna umpan sotong hidup kerana sekira kail itu besar dan berat maka ia akan membunuh umpan tersebut. Anda perlulah menyesuaikan kail dengan sotong. Bagi saya mata kail bersaiz antara 1/0 hingga 5/0 adalah yang paling sesuai sekali terutama yang diperbuat daripada aloi (alloy) atau "carbon steel" kerana kail yang diperbuat daripada jenis ini adalah sangat ringan.

b. Jenis perambut
Jenis perambut yang digunakan juga memainkan peranan yang penting kerana ia akan menentukan sekiranya umpan dapat bergerak secara semula jadi (natural) serta apa jenis kail yang perlu digunakan. Sekiranya "wire leader" digunakan cubalah menggunakan yang paling halus sekali. Bagi saya , "wire leader" yang saya selalu gunakan adalah dari jenis 25 paun hingga 40 paun sahaja. Dan sekiranya saya tidak menggunakan "wire Leader" saya menggunakan "mono leader" antara 30 paun hingga 60 paun dengan kail dari jenis "O'Shaughnessy " yang mempunyai batang (shank) yang panjang.

Selepas kita mengkaji faktor di atas maka terdapat beberapa cara untuk mencangkuk umpan sotong yang hidup. Pada amnya, sekira kita perhatikan sotong yang hendak digunakan, di atas dekat dengan ekor sotong terdapat satu lubang di antara ekor sotong , masukkan mata kail melalui lubang tersebut dan cangkuk keluar kail tersebut melalui sisi (side) yang sama

Ikan Masak 3 Rasa

Bahan-Bahan:
BAHAN A:
1 ekor ikan siakap
Garam
Kunyit
Minyak masak

BAHAN B:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 ketul halia
3 batang serai
(Semua bahan ini dirincis halus dan digoreng hingga garing) BAHAN C:
4 sudu cabai kering yang telah diblander.
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Gulu,garam dan daun limau purut.

BAHAN D:
Karet
Sudip jagung
Bunga kobis
Cara:
Goreng ikan yang telah digaul dengan garam dan kunyit tadi (iaitu Bahan A).

Bahan B yang telah digoreng hingga garing tadi dicampur pulak dengan Bahan C.Kemudian masukan sedikit air supaya tidak terlalu likat.

Setelah masak dan naik bau masukan pulak Bahan D lebih kurang selama 7 minit.

Kemudian angkat dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan:

Ikan Siakap
Lada Merah Hidup
Bawang Putih
Bawang Merah
Nenas
Serai
Sos Ikan
Sos Tiram
Garam
Gula
Serbuk Kunyit
Kicap Soya
Daun Ketumbar
Lada Lumat
Tepung Jagung

1 kg
8 biji dicincang halus
Satu biji dicincang halus
4 biji dicincang halus
2 keratan melintang dipotong dadu
3 ½ batang dititik (saiz sederhana)
Secukup rasa
Secukup rasa
Secukup rasa
Secukup rasa
Untuk salutan ikan
Secukup rasa
Sebagai hiasan
Secukup rasa
1 sudu besar
Cara:
Ikan

1. Gaulkan garam, serbuk kunyit dan lada lumat sebati kemudian lumurkan kepada ikan secara rata.

2. Goreng ikan yang di sapu tadi (deep fried) sehingga garing. Pastikan api sederhana. Kemudian sediakan di dalam pinggan kaca. Bagi peresapan suhu yg sekata. Aroma ikan akan terserlah.

Kuah

3. Pastikan kuali panas setelah dimasukkan 6 sudu minyak. Masukkan bawang putih yg dicincang.Goreng bawang putih sehingga separuh kekuningan kemudian masukkan bawang merah.

4. Setelah aroma bawang telah timbul masukkan lada merah goreng seketika dan selepas itu masukkan nenas tadi.

5.Masukkan 2 cawan air dan tunggu sehingga menggelegak.

6. Bila telah menggelegak masukkan semua bahan yg masih belum dimasukkan lagi tadi satu persatu.

7. Bancuh tepung jagung dengan air masak (pastikan air tidak panas untuk mengelakkan tapung jagung menjadi berketul-ketul) dan masukkan di dalam kuah tadi.

8. Kacau semua bahan hingga sebati sehingga masak.
Cadangan Hidangan:
Sirami ikan siakap dengan kuah yang di masak.

Campakkan daun ketumbar mengikut keseniaan masing-masing.

Kerapu Pulau 9, Perak



Whopper of a grouper bought for RM10,000

IPOH: A group of friends will be having a memorable Chinese New Year reunion dinner, thanks to a 180kg grouper.

The fish was caught off the waters near Pulau Sembilan in the Straits of Malacca on Tuesday.

Heng Soon Hau, who bought the fish for around RM10,000 after a bid, said he bought the grouper (known as loong pan in Cantonese or dragon grouper) for his friends in Kuala Lumpur.

“My friends are in the seafood business in Kuala Lumpur and they are going to have the fish for their reunion dinner,” he said yesterday.

Giant catch: Heng posing with the huge grouper after buying it at a bid in Hutan Melintang yesterday
Explaining that he had bought the fish at a good price, the 40-year-old Heng said: “This is something which money cannot buy. You can never get another fish like this even if it costs RM20,000.

“It is a good price to pay for such a fish, especially now when it is close to Chinese New Year.”

Heng, who is also from Hutan Melintang, said the price of fish would normally go up during the Chinese New Year period because many families would want to have fish for their reunion dinner.

“The fish will normally cost 30% more during the Chinese New Year period. It is a sign of prosperity to be able to eat such a good and expensive fish,” he said.

The fish captured the attention of many people, who bid for it when the fishermen docked at Hutan Melintang.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/1/17/nation/20035627&sec=nation

Ikan Bawal Masak Merah

Bahan-Bahan:
Bahan untuk menggoreng ikan:
1 ekor ikan bawal hitam
1 camca kecil kunyit
2 cubit garam

Bahan untuk dikisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 batang serai (saiz sederhana)

3 camca besar cili boh
1 camca besar sos cili
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 batang cili merah (dibelah 2 memanjang)
1 batang cili hijau (dibelah 2 memanjang)
1 biji tomato (dipotong ikut suka)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 camca kecil gula
garam secukup rasa
Cara:
1. Pertama sekali, gaulkan ikan bersama2 serbuk kunyit dan garam sehingga rata untuk digoreng sehingga garing.

2. Sementara menunggu ikan goreng itu garing, kisarkan bahan2 yang untuk dikisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia & serai sampai lumat.

3. Setelah ikan goreng garing, kita angkatlah ikan itu lalu masukkan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam kuali untuk ditumis. Dalam masa yang sama sila masukkan sekali bahan2 seperti cili boh, sos cili, kayu manis, buah pelaga, cengkih, & bunga lawang. Kacau2 ia sehingga cilinya masak dan naik minyaknya (agak2 dalam 5 minit)

4. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau & bawang besar yg telah dipotong bersama2 gula dan garam secukup rasa. Kacau2 ia dalam masa 1 minit, lepas tu boleh tutup api.
Cadangan Hidangan:
Letakkan ikan di dalam mangkuk dan curahkan kuahnye di atas ikan tersebut. Dan boleh le dihidangkan dan dimakan segera bersama nasi.
Tambahan:
Kalu nak hias2 letak daun sup ke daun ketumbar pun bole... kalu nak laa... tapi bagi saya, tak payah letak pun takpe, sebab dalam kuah tu dah ada cili merah ngan ijau & bawang beso sebagai penyeri dia,...ikut suka daa.... selamat mencuba! TQ...

Monday, June 21, 2010






Walaupun ini pertama kali ke teluk rubiah... kami cuma ingin tahu tempat yang bertukun
Lubuk TNB Arang Batu TEluk Rubiah.... Tiang Dari Tempat Masuk Air no. 5 Berhampiran Tiang. Gambar Ikan Tidak Dapat Diupload Kerana Sebok Melayan Ikan. Dan Sampai Dah Mabuk Laut........ Trip Ini Kami Menyewa Boat Di Muara Setia Kawan, Kg. Setiawan Lumut

Sunday, June 6, 2010

Mancing Di Power Pelan, Teluk Rubiah


Mancing Di Teluk Rubiah Perak,,,,,,

Mancing Di Damar Laut, Kg. Batu 3

Wednesday, May 19, 2010

Monday, April 5, 2010

Monday, March 29, 2010

Trip Pulau 9 Tekong Pak Razak





Ulasan Trip : Trip Ni Dianggap Kumpau... Ikan Yang dapat Tidak Lebih 4 KG Pun....
kami berangkat dalam kul 12 tghari. Tempat Pertama Di laluan kapal depan Teluk Rubiah. Ikan Cencaru kuda banyak didaratkan... tetapi apabila bot mula hanyut. ikan kurang. Pada malam pula angin kuat dan kilat kami terpaksa pergi ke belakang pulau untuk mengelak ombak dan angin yang kuat. Aku dan bebudak lain tidak puas hati dengan trip ini dan kami akan mencuba trip yang akan datang dengan tekong lain pula. Tekong Pak Razak Ni Ok... tapi dia bawa dua pembantu yang memancing sekali sampai tali pancing kita org pun selalu sangkut dengan diaorang........... ..... sotong hidup xda. Tekong Pak Razak ni Satu Geng Dengan Pak Usop Cengkodok. Jadi Berhati2 Pada Kaki Pancing semua ok.... bijak memilih tekong pastikan trip kita jadi puas walaupun tiada hasil yang baik....